|
PEKELILING AM PENDAFTAR - PENJELASAN MENGENAI PENGGUNAAN ALAMAT PEJABAT UNTUK URUSAN UNIVERSITI SAHAJA>> Dimaklumkan Pejabat Pendaftar, berkuatkuasa pada 07 April 2008, telah mengeluarkan satu pekeliling berhubung penggunaan alamat pejabat/rasmi universiti oleh staf-staf universiti untuk tujuan peribadi. Kebelakangan ini, Unit Surat, Pejabat Pendaftar telah menerima banyak surat-surat staf universiti yang bersifat peribadi dan tiada kena mengena dengan urusan universiti seperti bil, langganan perkhidmatan, iklan-iklan dan sebagainya.
Oleh yang demikian, selepas 1 Julai 2008, semua surat-menyurat peribadi seperti yang dinyatakan adalah tidak dibenarkan sama sekali menggunakan alamat pejabat/rasmi Universiti. Pihak Pendaftar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi yang timbul berikutan pelaksanaan pekeliling ini. Harap maklum
MAKLUMAT KENAIKAN PANGKAT/GRED STAF FAKULTI PERHUTANAN >> Sukacita dimaklumkan bahawa beberapa staf fakulti telah dinaikkan pangkat/gred pada tahun ini. Diharapkan dengan kenaikan pangkat/gred tersebut, staf-staf berkenaan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang untuk kebaikan bersama. Berikut adalah pegawai-pegawai yang telah mengalami kenaikan pangkat/gred
Dr. Azlizam Aziz - Pensyarah Kanan berkuatkuasa 01 Januari 2008
En. Ismail Adnan Abd. Malek - Pensyarah Kanan berkuatkuasa 01 Januari 2008
Dr. H'ng Paik San - Pensyarah Kanan berkuatkuasa 01 Januari 2008
Dr. Kamziah Abd. Kudus - Pensyarah Kanan berkuatkuasa 01 Januari 2008
Dr. Khamurudin Mohd. Noor - Pensyarah Kanan berkuatkuasa 01 Januari 2008
Dr. Manohar a/l Mariapan - Pensyarah Kanan berkuatkuasa 01 Januari 2008
Dr. Pakhriazad Hassan Zaki - Pensyarah Kanan berkuatkuasa 01 Januari 2008
Dr. Rozi Mohamed - Pensyarah Kanan berkuatkuasa 01 Januari 2008
En. Ahmad Madsum - Penolong Pegawai Sains berkutkuasa 05 Mei 2008
Pn. Latifah Zainal Abidin - Penolong Pegawai Sains berkutkuasa 05 Mei 2008
En. Mohd. Rizal Abd. Rahman - Penolong Pegawai Sains berkutkuasa 05 Mei 2008
KURSUS KEBANGSAAN TEKNOLOGI DAN KAEDAH TERKINI PENGURUSAN PEROSAK POKOK LANSKAP >> Fakulti Perhutanan dan Persatuan Arborist Malaysia akan menganjurkan Kursus Kebangsaan Teknologi dan Kaedah Terkini Pengurusan Perosak Pokok Lanskap pada 31 Mac hingga 1 April 2008 bertempat di Fakulti Perhutanan. Perasmian akan dilakukan oleh Dekan, Fakulti Perhutanan.
FAKULTI PERHUTANAN MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN TIGA STAF BARU >> iaitu CiK Ruzana Adibah Mohd Sanusi sebagai tutor Hutan Bandar (Teknologi Geospatial dalam Rekreasi), Cik Sheena Bidin sebagai tutor Eco-Tourism (Rekabentuk Kemudahan Rekreasi) dan En. Mohd Hafizal Ismail sebagai tutor Pengurusan Taman (Pengurusan Pelancongan Warisan dan Komuniti). Warga fakulti Perhutanan mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas.
|