Program Pendidikan Alam Semulajadi (PPAS) Bersama Murid-Murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI | FACULTY OF FORESTRY
» NEWS » Program Pendidikan Alam Semulajadi (PPAS) Bersama Murid-Murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI

Program Pendidikan Alam Semulajadi (PPAS) Bersama Murid-Murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI

2 Ogos 2017- Program Pendidikan Alam Semulajadi Bersama Murid-murid Pendidikan Khas Integrasi (PPAS – PPKI) Siri Kedua telah diadakan di Hutan Simpan Ayer Hitam Puchong. Program ini adalah anjuran Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama pejabat Pendidikan Daerah Sepang.  Murid-murid yang mengikuti program ini mempunyai pelbagai kategori masalah pembelajaran termasuklah Specific Learning Disorder (Dyslexia), Slow LearnerAttention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), Autism dan sebagainya.  Program ini   disertai 25 murid dan 9 orang guru dari PPKI Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana.

 Selain daripada untuk membangunkan modul pendidikan alam semulajadi untuk murid-murid PPKI.  program ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid kepada persekitaran dan kepelbagaian sumber hutan. Melalui program ini, murid-murid juga dapat memupuk semangat kerjasama, berkomunikasi secara efektif serta membina kayakinan diri. 

 

Modul pendidikan alam semulajadi ini dibahagikan kepada lima (5) stesen yang berupaya merangsang minda peserta dan membina personaliti dalam aktiviti seperti berikut:

 

Stesen 1: Hutan dan suhu

  • Murid diminta mencatat perbezaan suhu sekeliling diantara  dalam hutan dan jalan tar. Murid memahami kaitan hutan dan suhu sekeliling.

Stesen 2: Hutan dan air 

  • Murid mempelajari kepentingan pokok di hutan dan kesan banjir yang sering terjadi pada waktu ini.

 

    Stesen 3: Hutan dan hakisan

  • Murid mempelajari tentang kaitan antara hutan dan hakisan tanah.

 

   Stesen 4: Hutan dan muzik

  • Murid mempelajari bahan dari hutan juga boleh menghasilkan muzik yang indah.

 

  Stesen 5: Hutan dan deria

  • Murid diperkenalkan kepada beberapa jenis daun yang mempunyai permukaan yang berbeza, menghidu bau daun yang berbeza, mendengar kepada bunyi- bunyi yang terdapat dalam hutan

 

 

Penyerahan sijil penghargaan dari Guru Besar kepada pengarah program Dr Norzanalia

 

Penghargaan

 

Pihak jawatankuasa ingin mengucapakan terima kasih kepada semua penaja yang telah memberikan sumbangan iaitu MTIB (Malaysian Timber Industry Board), MTC (Malaysia Timber Council), KLSFIA (Kuala Lumpur & Selangor Furniture Industry Association), Datin Rohana Talib, Evergreen Engineering and Resources, Nourbell Sdn Bhd dan Qaira Hijab

Updated:: 20/09/2017 [faiz_mokhtar]

MEDIA SHARING

FACULTY OF FORESTRY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467171
0389432514
C1511455218