close

Penafian

Universiti Putra Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.
Penafian
Print PDF

Hutan Penyelidikan ini terletak di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong yang berkeluasan 1, 248 hektar.  Lokasi hutan ini  kira-kira 20 km dari Bandaraya Kuala Lumpur dan lebih kurang 10 km dari Kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang. Kerajaan Negeri Selangor telah menganugerahkan Hutan Simpan Ayer Hitam kepada UPM secara perjanjian panjang selama 80 tahun mulai 1996. Hutan yang diurus secara bersama oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan Fakulti Perhutanan ini adalah untuk pendidikan, penyelidikan dan pengembangan perhutanan. Pengurusan kawasan ini adalah berdasarkan pengurusan hutan secara berkekalan dan  juga  berpandukan rancangan pengurusan hutan yang disediakan oleh pihak Fakulti Perhutanan supaya ianya dapat menyediakan persekitaran hutan yang optimum untuk aktiviti pengajaran, penyelidikan dan pengembangan.

Kawasan ini yang merangkumi Kompartmen 1, 2, 12, 13, 14 dan 15 merupakan satu-satunya Hutan Tanah Pamah Dipterokarpa yang masih wujud di Lembah Klang yang dalam keadaan sempurna dan berhampiran dengan Pusat Pentadbiran Persekutuan, Putrajaya serta dalam lingkungan Koridor Raya Multimedia. Antara kemudahan asas yang ada di Hutan Penyelidikan ini adalah dewan serbaguna, surau, dapur, bilik mandi, tandas dan padang untuk aktiviti. Manakala tapak perkhemahan pula boleh menampung antara 100 hingga 150 orang dalam satu-satu masa.

Aktiviti pengajaran yang biasa dijalankan di hutan ini merangkumi bidang sains perhutanan hingga kepada sains kayu dan pengurusan taman & rekreasi. Bagi penyelidikan pula pelbagai bidang termasuk silvikultur, pengurusan hidupan liar, ekologi hutan, survei hutan, kejuruteraan hutan, pengurusan taman & rekreasi, hidrologi, patologi hutan, hasil bukan kayu hutan dan entomologi hutan banyak dijalankan di sini. Dari segi pengembangan aktiviti yang biasa dikendalikan di hutan ini termasuk kem perhutanan, kem sains, kem motivasi, kem interpretasi hutan, kem ekologi, kem kepimpinan dan lain-lain lagi.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

En. Paiman Bawon
Ketua Seksyen Hutan dan Ladang
Fakulti Perhutanan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang
Selangor, Malaysia

Tel     :   603 89467171/ 7162
Faks   :   603 89432514
E-mel :   This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Klik disini untuk muat turun e-buku mengenai Hutan Simpan Ayer Hitam

Halaman seterusnya: Penerbitan